CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian pantas disebabkan oleh leveraj.

Lokasi & Bahasa

Taurex Global Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles (SD092)

NVIDIA DAN WALL STREET SASAR US$500 BILION UNTUK PEMBANGUNAN AI

Analisis oleh:

Nvidia kembali menjadi perhatian pasaran selepas syarikat itu bekerjasama dengan beberapa institusi kewangan terbesar Wall Street dalam satu inisiatif yang menyasarkan lebih US$500 bilion pembiayaan bagi pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI).

Kerjasama tersebut melibatkan Apollo, BlackRock, Blackstone, Brookfield, Goldman Sachs dan KKR, dengan modal yang dikumpulkan dijangka digunakan untuk membantu pembangunan data center serta infrastruktur pengkomputeran AI dalam skala besar.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa perlumbaan AI kini bukan lagi sekadar mengenai pembangunan cip atau model AI paling canggih. Syarikat teknologi memerlukan jumlah modal yang sangat besar untuk membina data center, membeli GPU, menyediakan sistem penyejukan dan mendapatkan bekalan tenaga yang mencukupi.

Bagi Nvidia, langkah ini juga mempunyai kepentingan strategik. Lebih banyak data center AI yang dapat dibangunkan bermaksud lebih besar potensi permintaan terhadap GPU dan sistem pengkomputeran yang menjadi perniagaan utama syarikat tersebut.

Namun, angka US$500 bilion itu tidak bermaksud Nvidia akan menerima keseluruhan dana tersebut. Ia merupakan sasaran kapasiti pembiayaan daripada pihak ketiga untuk menyokong pembangunan projek AI. Nvidia sendiri berpotensi menyediakan sokongan sehingga sekitar 25% bagi transaksi tertentu.

Perkembangan ini berlaku ketika syarikat teknologi besar terus meningkatkan perbelanjaan untuk AI, sekali gus menunjukkan keyakinan bahawa permintaan terhadap kapasiti pengkomputeran masih mempunyai ruang untuk berkembang.

Bagi pasaran, kerjasama ini boleh meningkatkan perhatian terhadap Nvidia dan sektor teknologi secara keseluruhan. Namun, pelabur juga perlu melihat sama ada peningkatan besar dalam perbelanjaan AI akhirnya mampu diterjemahkan kepada pertumbuhan pendapatan dan keuntungan.

Sekiranya permintaan terhadap AI terus berkembang, pembangunan data center secara besar-besaran boleh menjadi pemacu pertumbuhan baharu kepada industri teknologi. Sebaliknya, jika pulangan daripada AI berkembang lebih perlahan daripada jumlah modal yang dilaburkan, kebimbangan mengenai terlebih pelaburan atau AI bubble boleh kembali menjadi perhatian.

Secara keseluruhannya, kerjasama Nvidia dan Wall Street menunjukkan bahawa perlumbaan AI kini memasuki fasa baharu  bukan sahaja mengenai siapa mempunyai teknologi terbaik, tetapi juga siapa mempunyai modal dan infrastruktur yang cukup besar untuk menyokong perkembangan AI pada masa hadapan.

Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan semata-mata dan tidak merupakan nasihat pelaburan. Pelabur dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Maklumat Pasaran: Emas Mengembalikan Kenaikan Selepas Minit Fed apabila Dolar AS Kembali Menguasai...

Maklumat Pasaran: Nasdaq 100 Mengundur daripada Paras Tinggi Baharu apabila Divergens Bearish Semakin...

Maklumat Pasaran: WTI Crude Stabil Berhampiran $89 apabila Premium Hormuz Bertembung dengan Struktur...

Bitcoin Mengekalkan Penembusannya apabila EUR/USD Kekal Berhampiran Paras Rendah

Pandangan Pasaran

Oktober 8, 2026

Maklumat Pasaran: Emas Mengembalikan Kenaikan Selepas Minit Fed apabila Dolar...

Perkara Utama 1. Emas kini didagangkan pada $4,132.19, mengembalikan sebahagian daripada kenaikan semalam selepas ditutup berhampiran $4,166 susulan penerbitan Minit FOMC September, dengan break of...

Pandangan Pasaran

Oktober 7, 2026

Maklumat Pasaran: Nasdaq 100 Mengundur daripada Paras Tinggi Baharu apabila...

Perkara Utama 1. US100 kini didagangkan pada 31,234.5, mengundur sedikit daripada paras tinggi baharu sekitar 31,400 yang dicatatkan minggu ini, dengan RSI menunjukkan isyarat bearish...

Pandangan Pasaran

Oktober 6, 2026

Maklumat Pasaran: WTI Crude Stabil Berhampiran $89 apabila Premium Hormuz...

Perkara Utama 1. WTI Crude kini didagangkan pada $89.10, bergerak dalam fasa konsolidasi dalam julat $87.50 hingga $89.50 selepas dua minggu yang tidak menentu menyaksikan...

Pandangan Pasaran

Oktober 5, 2026

Bitcoin Mengekalkan Penembusannya apabila EUR/USD Kekal Berhampiran Paras Rendah

Perkara Utama 1. Kalendar ekonomi minggu ini lebih ringan selepas data pekerjaan minggu lalu tidak mencapai jangkaan, dengan Minit FOMC pada hari Rabu dan laporan...

Chat on WhatsApp

Tư vấn Giao dịch trong vòng 1 giờ

1 Hour Trading Consultation

تداول لمدة ساعة استشارية

1小時交易諮詢

ให้คำปรึกษาการซื้อขาย 1 ชั่วโมง

1小时交易咨询

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.