CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian pantas disebabkan oleh leveraj.

Lokasi & Bahasa

Taurex Global Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles (SD092)

DOLAR AS HAMPIR PARAS TERENDAH DUA BULAN, CPI MINGGU INI BAKAL TENTUKAN LANGKAH SETERUSNYA

Analisis oleh:

Dolar Amerika Syarikat memulakan minggu ini dalam keadaan tertekan apabila Dollar Index (DXY) bergerak berhampiran paras terendah dalam hampir dua bulan. Tekanan terhadap dolar semakin ketara selepas data pasaran buruh Amerika Syarikat minggu lalu meningkatkan kebimbangan bahawa momentum ekonomi negara itu mungkin semakin perlahan.

Pada pagi Isnin, 10 Ogos 2026, DXY didagangkan sekitar paras 99.6, berhampiran paras terendah yang tidak dilihat sejak awal Jun.

Antara faktor utama yang menekan dolar ialah laporan pekerjaan Amerika Syarikat yang lebih lemah. Data terkini menunjukkan keadaan pasaran buruh tidak lagi sekuat yang dijangkakan, manakala semakan terhadap data bulan sebelumnya turut menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang lebih lemah daripada anggaran awal.

Perkembangan ini penting kerana kekuatan pasaran buruh merupakan antara faktor utama yang diperhatikan oleh Federal Reserve (Fed) dalam menentukan hala tuju kadar faedah.

Apabila pasaran pekerjaan mula menunjukkan tanda-tanda kelemahan, Fed mempunyai lebih sedikit tekanan untuk mengekalkan dasar monetari yang agresif. Jangkaan tersebut telah membantu menurunkan hasil bon kerajaan AS dan pada masa yang sama memberi tekanan kepada dolar.

Namun, persoalan utama sekarang ialah sama ada kelemahan dolar ini mampu diteruskan.

Jawapannya mungkin bergantung kepada data inflasi Amerika Syarikat yang akan diumumkan minggu ini.

Pasaran kini memberi perhatian khusus kepada laporan Consumer Price Index (CPI), terutama Core CPI yang tidak mengambil kira komponen makanan dan tenaga yang lebih volatile. Core CPI bagi Julai dijangka meningkat sekitar 0.2% secara bulanan, manakala kadar tahunan dijangka sederhana kepada sekitar 2.5% berbanding 2.6% sebelumnya.

Sekiranya inflasi keluar lebih rendah daripada jangkaan, ia boleh mengukuhkan pandangan bahawa tekanan harga di Amerika Syarikat semakin reda pada masa yang sama pasaran buruh menunjukkan kelemahan.

Situasi tersebut boleh memberikan lebih banyak ruang kepada Fed untuk mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap kadar faedah.

Secara mudah, pasaran sekarang sedang melihat kemungkinan berikut:

Data pekerjaan lemah → inflasi semakin reda → tekanan terhadap Fed berkurang → hasil bon AS boleh menurun → dolar berpotensi terus menerima tekanan.

Namun, trader juga perlu berhati-hati dengan senario sebaliknya.

Sekiranya CPI keluar lebih tinggi daripada jangkaan, kebimbangan terhadap inflasi boleh kembali meningkat. Ini berpotensi mengubah jangkaan pasaran terhadap Fed dan mencetuskan pemulihan dolar selepas kejatuhan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Perubahan jangkaan terhadap Fed juga semakin jelas. Pasaran kini melihat kebarangkalian perubahan kadar pada mesyuarat September sekitar 44%, berbanding kira-kira 67% seminggu sebelumnya.

Bagi pasaran mata wang, kelemahan dolar telah membantu EURUSD bergerak sekitar 1.1558 dan GBPUSD sekitar 1.3490, manakala USDJPY berada sekitar 157.90 pada awal minggu.

Emas juga menjadi antara instrumen yang perlu diberi perhatian. Sekiranya data inflasi terus menyokong penurunan hasil bon dan kelemahan dolar, keadaan tersebut boleh terus memberikan sokongan kepada harga emas. Sebaliknya, kejutan inflasi yang lebih tinggi boleh mencetuskan pemulihan dolar dan meningkatkan volatiliti dalam pasaran logam berharga.

CPI bukan satu-satunya data penting minggu ini. Pasaran turut menantikan Producer Price Index (PPI) serta Retail Sales Amerika Syarikat, yang akan memberikan gambaran tambahan mengenai tekanan harga dan keadaan perbelanjaan pengguna.

Secara keseluruhannya, cerita pasaran minggu ini cukup jelas. Data pekerjaan telah memberikan tekanan pertama kepada dolar. Kini, data inflasi pula akan menentukan sama ada pasaran mempunyai alasan yang cukup kuat untuk meneruskan tekanan tersebut.

Bagi trader, minggu ini bukan sekadar tentang sama ada CPI tinggi atau rendah. Perkara yang lebih penting ialah bagaimana data tersebut boleh mengubah jangkaan terhadap langkah Federal Reserve seterusnya.

Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan semata-mata dan tidak merupakan nasihat pelaburan. Pelabur dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Market Insights: USD/JPY Kekal Di Atas 160 apabila Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah Meningkat...

Minggu Hadapan akan datang bersama Connor Woods: Kejutan Hawkish Warsh Membuka Laluan kepada...

Wawasan Pasaran: Perak Meningkat Semula Ke Arah $70 Apabila Perbendaharaan AS Menggandakan Belian...

Wawasan Pasaran: Bitcoin Menembusi $80,000 untuk Kali Pertama Sejak Mei

Pandangan Pasaran

September 1, 2026

Market Insights: USD/JPY Kekal Di Atas 160 apabila Jangkaan Kenaikan...

Key Points USD/JPY kembali menembusi paras 160.00 yang menjadi tumpuan utama minggu ini buat kali pertama dalam beberapa minggu, dan pasangan ini kekal bertahan pada...

Pandangan Pasaran

Ogos 31, 2026

Minggu Hadapan akan datang bersama Connor Woods: Kejutan Hawkish Warsh...

Titik Utama Pengerusi Fed Warsh menggunakan penampilan sulungnya di Jackson Hole pada hari Jumaat untuk menyatakan bahawa inflasi masih membimbangkan dan memberi amaran bahawa bacaan...

Pandangan Pasaran

Ogos 27, 2026

Wawasan Pasaran: Perak Meningkat Semula Ke Arah $70 Apabila Perbendaharaan...

Perkara Utama Perak naik 1.2% pada hari ini, didagangkan berhampiran $68.99 apabila ia pulih daripada penurunan pada hari Selasa, menjadikan keuntungan logam ini untuk bulan...

Pandangan Pasaran

Ogos 25, 2026

Wawasan Pasaran: Bitcoin Menembusi $80,000 untuk Kali Pertama Sejak Mei

Perkara Utama Bitcoin telah melonjak ke $80,793, menembusi paras $80,000 buat julung kalinya sejak pertengahan Mei selepas naik sebanyak 2.9% secara intraharian untuk menyentuh $81,257....

Chat on WhatsApp

Tư vấn Giao dịch trong vòng 1 giờ

1 Hour Trading Consultation

تداول لمدة ساعة استشارية

1小時交易諮詢

ให้คำปรึกษาการซื้อขาย 1 ชั่วโมง

1小时交易咨询

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.