CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian pantas disebabkan oleh leveraj.

Lokasi & Bahasa

Taurex Global Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles (SD092)

Market Insight Great Britain Pound berbanding Dolar Amerika Syarikat

Analisis oleh:

Pasangan mata wang GBPUSD terus menjadi tumpuan pasaran minggu ini selepas data inflasi United Kingdom menunjukkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan pasaran, sekali gus meningkatkan semula spekulasi bahawa Bank of England (BOE) mungkin perlu mengekalkan kadar faedah tinggi lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Berdasarkan data terbaru, Consumer Price Index (CPI) tahunan UK meningkat sekitar 3.6% berbanding jangkaan pasaran sekitar 3.4%, manakala bacaan sebelumnya berada sekitar 3.2%. Perkembangan ini menunjukkan bahawa tekanan inflasi di UK masih belum reda sepenuhnya walaupun kadar faedah kekal tinggi sejak beberapa tempoh lalu.

Reaksi awal pasaran menyaksikan pound sterling menerima sokongan sederhana apabila pelabur mula mengurangkan jangkaan terhadap kemungkinan penurunan kadar faedah dalam masa terdekat. Namun begitu, momentum pengukuhan GBPUSD masih dilihat agak terhad apabila dolar Amerika Syarikat kembali mengukuh disokong oleh kenaikan US Treasury yields dan sentimen berhati-hati pasaran global.

Dalam beberapa sesi dagangan terkini, pergerakan GBPUSD menjadi lebih volatile apabila pasaran cuba menilai keseimbangan antara inflasi UK yang masih tinggi dan kekuatan dolar AS yang terus mendapat sokongan daripada jangkaan bahawa Federal Reserve mungkin mengekalkan dasar monetari ketat lebih lama.

Dari sudut ekonomi domestik, tekanan kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi UK yang masih perlahan terus menjadi cabaran kepada prospek pound sterling dalam jangka sederhana. Walaupun inflasi tinggi boleh menyokong pendirian hawkish BOE, keadaan ekonomi yang lemah juga meningkatkan risiko tekanan terhadap pengguna dan sektor perniagaan.

Dalam masa yang sama, pasaran global masih dipengaruhi oleh sentimen risiko berkaitan inflasi dunia, pergerakan harga tenaga dan hala tuju kadar faedah AS, menjadikan GBPUSD sangat sensitif terhadap perubahan sentimen pasaran antarabangsa.

Dari sudut teknikal, momentum GBPUSD ketika ini dilihat masih berada dalam fasa berhati-hati. Bacaan Relative Strength Index (RSI) semasa bergerak sekitar zon neutral sederhana berhampiran paras 52 hingga 55, menunjukkan bahawa pasaran masih belum memasuki keadaan overbought atau oversold secara ekstrem.

Ini memberi gambaran bahawa pasangan tersebut masih mempunyai ruang untuk bergerak ke kedua-dua arah bergantung kepada perkembangan data ekonomi dan perubahan sentimen pasaran semasa. Sekiranya dolar AS terus mengukuh bersama kenaikan bond yields, GBPUSD berpotensi menghadapi tekanan tambahan. Namun jika sentimen terhadap dolar mula melemah dan pasaran kembali meningkatkan jangkaan rate cut Fed, pound sterling boleh kembali mendapatkan momentum pemulihan.

Secara keseluruhan, GBPUSD dijangka kekal volatile dalam jangka pendek selagi pasaran masih menilai kekuatan inflasi UK, hala tuju BOE dan pergerakan dolar AS dalam persekitaran global yang masih tidak menentu.

Penafian

Analisis ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua aktiviti perdagangan melibatkan risiko kerugian modal.

FED KEKALKAN KADAR FAEDAH, TETAPI DUA AHLI MAHU KENAIKAN SEGERA. APA KESANNYA KEPADA...

RBNZ KEKALKAN KADAR FAEDAH PADA 2.75%, APA KESANNYA KEPADA DOLAR NEW ZEALAND?

TERLALU RAMAI TRADER JUAL EURO, ADAKAH MESYUARAT ECB BAKAL CETUSKAN KENAIKAN EURUSD?

FOMC MINGGU INI: FED DIJANGKA KEKALKAN KADAR FAEDAH, PASARAN TUMPU KEPUTUSAN DISEMBER

Pandangan Pasaran

Oktober 29, 2026

FED KEKALKAN KADAR FAEDAH, TETAPI DUA AHLI MAHU KENAIKAN SEGERA....

29 Oktober 2026 Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah Amerika Syarikat pada lingkungan 3.75% hingga 4.00% dalam mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) yang berakhir...

Pandangan Pasaran

Oktober 28, 2026

RBNZ KEKALKAN KADAR FAEDAH PADA 2.75%, APA KESANNYA KEPADA DOLAR...

28 Oktober 2026 Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengekalkan Official Cash Rate (OCR) pada paras 2.75% dalam kemas kini dasar monetari pada 28 Oktober...

Pandangan Pasaran

Oktober 27, 2026

TERLALU RAMAI TRADER JUAL EURO, ADAKAH MESYUARAT ECB BAKAL CETUSKAN...

27 Oktober 2026 Pasangan mata wang EURUSD menjadi perhatian menjelang mesyuarat European Central Bank (ECB) pada 29 Oktober, ketika sentimen terhadap Euro masih lemah dan...

Pandangan Pasaran

Oktober 26, 2026

FOMC MINGGU INI: FED DIJANGKA KEKALKAN KADAR FAEDAH, PASARAN TUMPU...

26 Oktober 2026 Pasaran kewangan global bakal memberikan tumpuan kepada mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) pada 27 hingga 28 Oktober 2026, apabila Federal Reserve...

Chat on WhatsApp

1小時交易諮詢

1 Hour Trading Consultation

تداول لمدة ساعة استشارية

1小时交易咨询

ให้คำปรึกษาการซื้อขาย 1 ชั่วโมง

Tư vấn Giao dịch trong vòng 1 giờ

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.